MUHAMMAD FIKRURRAHIM AWANG lwn. KETUA PENGARAH PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

[2024] 6 MLRH 802
Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu
Mohamad Abazafree Mohd Abbas H
[Rayuan Sivil No: DA-16-2-04-2023]
Mohamad Abazafree Mohd Abbas H

PENGHAKIMAN

Mohamad Abazafree Mohd Abbas H:

Pendahuluan

[1] Kes ini melibatkan satu rayuan oleh Perayu iaitu Orang Berinsurans (OB) ke atas keputusan Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial melalui Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) pada 25 Januari 2023 yang telah menolak rayuan Perayu. Secara amnya, JRKS memutuskan bahawa kemalangan yang berlaku ke atas Perayu pada 13 Mei 2021 adalah bukan merupakan bencana kerja sepertimana di bawah s 24(1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Fakta Kes

[2] Secara amnya, fakta kes bolehlah diringkaskan seperti berikut:

a) Perayu merupakan seorang Penggerak di Islamic Outreach ABIM yang di dalam masa sama juga melaksanakan tugas sebagai staf bahagian teknikal dan runner;

b) Pada 13 Mei 2021 jam lebih kurang 5.00 pagi, semasa Perayu dalam perjalanan dari tempat kerja iaitu di Islamic Outreach ABIM Kelantan, Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan ke rumah Perayu iaitu di Taman Jintan Rahimah, Beris Lalang, Bachok, Perayu telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya;

c) akibat daripada kemalangan tersebut, Perayu mengalami kecederaan parah dan kecacatan kekal di bahagian tangan dan kini memegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU);

d) Perayu adalah orang berinsurans dalam lingkungan maksud Akta 4;

e) Pada 1 Ogos 2021, Perayu telah menghantar Borang 34 Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah di PERKESO Kota Bharu untuk memohon faedah bencana kerja;

f) Namun pada 12 Oktober 2021, PERKESO Kota Bharu, melalui surat, telah memutuskan bahawa kemalangan Perayu bukan bencana kerja di bawah s 24(1) Akta 4 di atas alasan tujuan perjalanan dan kemalangan yang berlaku tiada kaitan dengan penggajian serta pekerjaan Perayu;

g) Terkilan dengan keputusan tersebut, Perayu telah memfailkan rayuan melalui Borang A Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerja (Acara Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial) 1976 bertarikh 12 Oktober 2021; dan

Sign up to view full cases Login